Saturday, June 13, 2020

Drama Hijab Kekasih. Mutu drama melayu


Drama "Hijab Kekasih" antara drama melayu yang tinggi mutunya. Tak ada aksi tembak menembak, pukul memukul, menjerit sana menjerit sini. Lain tarafnya, permainan dalaman jiwa orang melayu. Semoga karyawan boleh menghasilkan lebih banyak drama sebegini.
Skrip: Jais Tupahat
Arahan: ismail Yaakob fdam
Penerbit: Risyam Nor/Runika M Yusof
#hijabkekasih
#jaistupahat
#yatt

Monday, March 21, 2016

Kualiti Lirik Lagu Nasyid Malaysia di mana


Gambar hiasan

Nak komen sikit, ketika memandu terdengar lagu nasyid ini, yang antara chorusnya berbunyi macam ni:
"Ada yang rasa diri hebat.. Jalan dongak ke langit.. Pandangan semua orang salah.. Dia saja yang betul.. Megah berkata kata.. Namun kosong bicara..astagfirullah hal azim"
Mesejnya mungkin bagus, cuma nak komen pasal liriknya. Bunyinya macam karangan murid sekolah diangkat menjadi lirik lagu. Siap istighfar kat hujung tu, macamlah orang yang dituju tu teruk sangat. Tak perlu ataupun belum perlu sentuh lagi sikap 'holier than thou' yang tersirat dalam penulisan lirik ni.
Sebenarnya ini adalah salah satu dari banyak lagu nasyid yang saya rasa mempunyai masalah yang sama. Bukan nak hina lagu nasyid, tapi nak lonjakkan kualiti nasyid negara. Carilah penulis yang berkualiti. Janganlah asal boleh buat muzik je rasa diri boleh tulis lirik juga.
Kualiti lirik lagu pop juga ada yang baik dan tidak, malah ada kajian yang dibuat tentang mutu lirik lagu di luar negara. baca di sini:

Wednesday, December 30, 2015

Drama tv melayu semakin monotype....

Saya bukanlah penggemar setia drama tv melayu. Tapi kadangkala tertengoklah juga. Akhir2 ini plot dan tema cerita seakan2 sama. Cuba tengok drama Tak sengaja Tersuka,Tuan Anas Mikael, cinta si wedding Planner dll. Semuanya ada plot yang lelaki dan perempuan pada awalnya antagonistic antara satu sama lain. Akhirnya penonton dah boleh agak cinta akan berputik. Yang tak tahan intonasi dialog masa bergaduh ala2 brutal remaja gitu. mesti ada dialogue " hei kau blahlah" atau "eh engkau ni sengal la". Lepas dah saling berkasih bertukar pulak.."ayang tunggu abang kat rumah tau, dengan penuh rindu".  Apakah penulis drama tv semua remaja yang baru nak bercinta ke.

Monday, August 10, 2015

Empat pelakon berbakat dari kalangan selebriti bukan pelakon


Ramai yang menceburi bidang lakonan dari kalangan penggiat seni yang asalnya dari bidang lain seperti penyanyi, pemuzik, pemuisi dsb. Kadangkala lakonan mereka saya rasakan lebih berkesan dari mereka yang datang dari teater ataupun bidang lakonan. Mungkin ini kerana elemen berlakon dari kalangan penteater terlalu kuat sehingga menggugat perjalanan cerita, terlalu banyak 'berlakon'. Sedangkan mereka yang terjun dari bidang nyanyian contohnya, mereka lebih menurut emosi cerita dari menekankan ekspresi diri sendiri. Antara pelakon dari kategori ini yang saya rasakan mempunyai bakat berlakon terpendam (tidak menurut rangking):


  1. M Nasir - Memang bakat seninya bukan hanya satu bidang. Tidak perlu dipertikaikan lagi. Filem Merah dan Puteri Gunung Ledang contoh yang baik.
  2. Awie (Penyanyie) - Vokalis kumpulan Wings ini mempunyai ekspresi yang berkesan terutama kalau menjadi antagonist. Namun watak yang dibawanya sebagai protagonist juga berkesan. Watak sebagai Husin dalam Siri Filem Zombi sangat mencuit hati.
  3. Ziana Zain - Penyanyi yang turut membintangi maria mariana dan lain lain. Saya suka lakonannya yang ekspresif tanpa berlebihan.
  4. Ning Baizura - Suka wataknya dalam filem Lady Boss. Antagonist yang meyakinkan.
Ada lagi yang tidak tersenarai di sini, tapi cukuplah untuk kali ini,










Sunday, August 9, 2015

Nostalgila: Meneroka falsafah hari raya masyarakat melayu.


Filem Nostalgila yang ditayangkan berulang kali pada musim raya 2015 mempunyai daya tarikan tersendiri. Dari genre 'Road Movie', cerita tentang perjalanan pulang beraya tiga insan yang sebelumnya saling tidak mengenali membawa penonton mengikuti suka duka perjalanan pulang beraya dari Johor Ke Perlis.

Percubaan untuk mentafsir idea raya dari perspektif yang alternatif merupakan sesuatu yang saya rasa menarik dalam filem ini. Sudah tentu kisah klise tentang raya memang ada pada filem ini. Kisah beli tiket, anak2 beli mercun, kisah anak2 muda yang teruja untuk pulang beraya, lampu pelita raya dan sebagainya memang ada. Tetapi ada beberapa kelainan yang membawa penonton ke dimensi lain.

Kita mulakan dengan watak Zek yang merupakan contoh ideal bagi seorang gadis melayu yang mempunyai ayah ibu dan keluarga di Kampung. Semangatnya untuk pulang beraya memang sesuatu yang senang difahami. Tetapi dalam kisah ini, konsep raya yang dipegang oleh Zek akan di gandingkan dengan dua lagi watak yang mempunyai profil yang agak berlainan bagi masyarakat melayu amnya. Ini dibawa oleh watak Kid, wanita yang nampak rebelious, dan Haq, petualang yang agak misteri latarbelakangnya. Mereka berjumpa secara takdir di perhentian bas ketika masing2 ketiadaan cara untuk pulang beraya.

Konsep raya yang masyarakat melayu sedia faham di cabar oleh Kid yang tak menghiraukan beraya dengan keluarga tahun ini kerana ingin mencari keluarga kandungnya. Dia menyalahkan ibubapanya kerana tidak memberitahu tentang keluarga kandungnya. Tak penting bagi nya untuk berada bersama ibu bapa tersayang pada sehari sebelum raya, atau bersalaman pada pagi raya, kerana konsep ibu ayah kandung yang dia tak pernah jumpa lebih penting baginya. INi satu persoalan yang menarik untuk masyarakat. Apakah erti raya sebenar? adakah bersalaman bermaafan dengan keluarga pada pagi 1 syawal, atau yang lebih penting mengetahui siapa itu ibu dan ayah kandung.

Kemudian watak Haq pula amat meruntun simpati. Dia kelihatan pelik. dengan kacamata yang besar, penampillan yang kurang kemas dan membawa dua beg besar menimbulkan banyak persoalan. Akhirnya kita tahu bahawa dia tidak punya ibubapa bahkan keluarga yang normal sejak kecil. Jadi tidak ada baginya idea bersalaman bermaafan dengan kaum keluarga di pagi raya. Di akhir filem kita tahu bahawa dia berkembara dengan satu tujuan, untuk menghidupkan roh hari raya dengan memasang pelita di setiap tempat mereka berhenti. Dia tidak mengharapkan balasan. Dari satu segi kita terasa terharu dengan keikhlasannya berbuat demikian, di samping simpati dengan fakta dia sebatang kara. Dari segi lain, ia mungkin menunjukkan betapa dia mendambakan nikmat rakya tanpa komponen yang sangat penting bagi seorang yang punya ibu ayah dan kaum keluarga. Mungkin hanya itu caranya dia memahami erti raya. Dia tidak kisahpun tentang sembahyang raya, tentang kuih raya, lemang ketupat atau meziarahi teman dan rakan. Bahkan sehingga di malam raya dia mengucapkan selamat tinggal kepada satu2nya rakan yang dia ada iaitu Zek dan Kid. Ini menunjukkan mungkin pada setiap insan, idea tentang hari raya itu mesti ada, walaupun baginya cuma memasang pelita raya.

Akhirnya kita terfikir, ada sesuatu tentang makna hari raya yang dicari. Kita ditinggalkan dengan persoalan, apakah yang kita cari pada hari raya?